Park Bo Gum Peroleh Lesen Gunting Rambut Ketika Dalam Ketenteraan

Pelakon popular Korea, Park Bo Gum baru-baru ini lulus peperiksaan lesen gunting rambut ketika berada dalam perkhidmatan ketenteraan!

park bo gum peroleh lesen gunting rambut ketika dalam ketenteraan

Pelakon tersebut yang menyertai tentera pada 31 Ogos 2020 kini sedang menjalani perkhidmatan tentera lalu.

2 Februari lalu, seorang pegawai tentera laut berkongsi bahawa Disember tahun lalu, Park Bo Gum telah lulus ujian amali Peperiksaan Kelayakan Teknikal Kebangsaan untuk menjadi juruteknik mahir (tukang gunting).

Semasa berkhidmat sebagai sarjan tentera lalu di Gyeryongdae di Wilayah Chungcheong Selantan, pelakon itu mengambil peperiksaan untuk menjadi tukang gunting rambut di Komando Pendidikan & Latihan Tentera Laut di Changwon, Wilayah Gyeongsang Selatan.

Difahamkan yang Park Bo Gum memang menyimpan minat untuk menjadi juruteknik mahir.

Demikian, pelakon itu melaburkan masa peribadinya dengan melakukan persediaan bagi menghadapi ujian tersebut.

Sumber dari tentera menjelaskan, “Tentera menggalakkan askar untuk mendapatkan sijil yang boleh digunakan untuk pembangunan diri atau selepas keluar daripada tentera, dan (kami) sedang menyediakan sistem dan syarat untuk ini. Sebagai tambahan kepada Sarjan Park, ramai askar mendapat sijil dalam tentera.”

Park Bo Gum bakal meninggalkan perkhidmatan ketenteraan secara rasmi pada 30 April 2022.

Namun, seperti askar lain, Park Bo Gum dikatakan tidak menghabiskan semua hari cutinya kerana wabak COVID-19.

Berikutan itu, dia dijangka akan dibenarkan keluar dari perkhidmatan terbabit ketika cutinya pada bulan depan.

 

Sumber: [1]