E-Filing Dibuka 1 Mac Depan, Ini Cara Lapor Pendapatan Buat Yang Tak Tahu

Jika anda baru sahaja bekerja dan/atau tidak tahu cara untuk melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berikut adalah panduan khas buat anda.

e-filing dibuka 1 mac depan, ini cara lapor pendapatan buat yang tak tahu

Tahukah anda, sejak 2015 terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa mana-mana individu bekerja di Malaysia dan memperoleh gaji tahunan sebanyak RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu memfailkan cukai pendapatan.

 

Bermaksud golongan ini masih perlu menghantar borang namun belum tentu perlu membayar cukai. Terdapat beberapa kategori bagi menentukan sama ada anda layak untuk membayar cukai atau tidak iaitu:

- Diri sendiri (bujang/janda/balu/pasangan tiada pendapatan)

- Kahwin taksiran berasingan

- Kahwin taksiran bersama.

 

Semak jadual dibawah untuk lihat sama ada anda layak membayar cukai atau sebaliknya:

e-filing dibuka 1 mac depan, ini cara lapor pendapatan buat yang tak tahu

Urusan melapor cukai adalah dengan menggunakan Sistem Taksir Sendiri yang mana kita perlu mengira sendiri dan membayar cukai hasil pendapatan. Ia boleh dilakukan terus melalui E-Filing secara atas talian melalui portal E-filing atau aplikasi mudah alih. Caranya:

- Klik pada portal rasmi HASiL (https://www.hasil.gov.my/)

- Klik pada MyTax

- Klik Perkhidmatan ezHasil

- Klik pautan e-Filing

- Atau lebih mudah, klik je link (https://mytax.hasil.gov.my/) atau gunakan Aplikasi MyTax LHDN yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

e-filing dibuka 1 mac depan, ini cara lapor pendapatan buat yang tak tahu

Buat mereka yang pertama kali log masuk ke sistem E-Filing, anda perlu mendapatkan No. PIN terlebih dahulu. Caranya:

- Klik pada MyTax (Link: https://mytax.hasil.gov.my/)

- Pilih jenis pengenalan.

- Masukkan Nombor Kad Pengenalan

- Klik Hantar dan pilih e-KYC (Mobile) atau e-CP55D (Portal web)

 

Semak senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022 yang boleh anda tuntut dalam pengiraan cukai atau e-Filing LHDN untuk e-Filing 2023 atau rujuk gambar dibawah:

e-filing dibuka 1 mac depan, ini cara lapor pendapatan buat yang tak tahu

Selamat mengisi borang cukai pendapatan sebelum terlambat!

 

Sumber: LHDN / Majalah Labur