Pakar Dakwa Tragedi Mirip Siri ‘The Last of Us’ Boleh Jadi Realiti Di Dunia Ini

Siri televisyen terbitan Craig Nazin dan Neil Druckmann yang dinantikan tahun ini, The Last of Us kini telahpun ditayangkan menerusi HBO.

pakar dakwa tragedi mirip siri ‘the last of us’ boleh jadi realiti di dunia ini

Mengisahkan tentang pandemik secara besar-besaran akibat jangkitan kulat yang menyebabkan terciptanya makhluk zombi, siri televisyen ini didakwa boleh menjadi realiti.

pakar dakwa tragedi mirip siri ‘the last of us’ boleh jadi realiti di dunia ini

Dalam siri The Last of Us, jangkitan kulat yang disebut sebagai Cordyceps telah menjangkiti manusia lalu mengawal otak dan tubuh mereka, membuatkan terhasilnya zombi. Nyata, ia bukanlah rekaan kerana parasit kulat itu adalah daripada dokumentari oleh David Attenborough yang menunjukkan parasit Cordyceps sedang mengawal pergerakan seekor semut.

pakar dakwa tragedi mirip siri ‘the last of us’ boleh jadi realiti di dunia ini

 

Bagaimanapun, buat masa ini parasit Cordyceps tidak berevolusi dengan suhu persekitaran tubuh badan manusia 37 darjah Celsius.

 

Namun seorang pakar patogen telah memberikan amaran berkenaan parasit itu pada hidupan manusia.

 

"Beberapa spesies kulat adalah patogen yang agak menonjol dan membunuh beratus-ratus ribu orang setiap tahun – tapi tidak ramai ramai yang tidak menyedari ini," kata Prof Elaine Bignell.

 

 

Ujarnya lagi, buat masa ini Cordyceps tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan suhu badan manusia, namun ia tidak mustahil kerana sifat parasit boleh berevolusi dan beradaptasi dengan persekitaran yang baharu.

 

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut memberi amaran berkenaan kes jangkitan kulat yang semakin meningkat sejak pandemik COVID-19. Antaranya adalah jangkitan Aspergillus fumigatus dan Candida auris.

 

Sumber: Daily Star