Ikan bilis memang sedap kalau dimakan rangup, tetapi susah nak kekalkan keranggupannya. Kalau ranggup pun sekejap je, waktu selepas digoreng. Walaubagaimanapun, ada bermacam macam cara nak kekalkan keranggupan ikan bilis. Salah satu petua yang berkesan adalah salutkan dengan tepung. Dikatakan apabila gaul ikan bilis dengan tepung gandum ia lebih garing dan keranggupannya tahan lebih lama.
Caranya mudah je, cuci bersih ikan bilis macam biasa. Lepas itu, pastikan tos sehingga ikan bilis kering. Tos lama lama pun tak apa sebab nak elakkan bergumpal nanti jadi cekodok ikan bilis pula. Kemudian, letakkan ikan bilis kedalam bekas dan masukkan tepung gandum dan gaul.
Step yang seterusnya, selepas minyak dah panas baru la masukkan ikan bilis yang dah gaul dengan tepung tadi. Make sure’ api slow untuk elakkan ikan bilis jadi hangus. Hasilnya memang memberangsangkan. Yang paling penting bukan saja garing tetapi keranggupannya terbukti tahan lebih lama.
Selamat mencuba gais!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita