Serangan demi serangan telah dibuat rejim Zionis keatas bumi Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kehancuran harta benda, tempat tinggal dan juga kehilangan banyak nyawa.
![oyen terakam menangis lihat kehancuran tempat tinggalnya di palestin, “kurusnya..”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/thumbs_b_c_78c88caffdc7bf91c8209cb918defa5a.jpg)
Selain manusia, haiwan seperti kucing juga pasti terkesan dengan apa yang berlaku disana.
Satu video terakam menunjukkan seekor kucing berwarna oren, sedang berlegar-legar dikawasan yang musnah di Palestin, dek kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan Zionis.
![oyen terakam menangis lihat kehancuran tempat tinggalnya di palestin, “kurusnya..”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-25-at-9-40-01-am.png)
Lebih dikenali dengan panggilan Oyen di negara ini, kucing tersebut dilihat mundar-mandir dalam keadaan kurus keding, mungkin sedang mencari makanan bagi mengalas perutnya.
![oyen terakam menangis lihat kehancuran tempat tinggalnya di palestin, “kurusnya..”](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-10-25-at-9-40-14-am.png)
Malah, ia juga dilihat seakan-akan menangis, melihat kepada kehancuran tempat tinggalnya selama ini.
Dalam video berbeza, beberapa individu dilihat sedang menyelamatkan kucing yang tertimbus dengan batu akibat dibom Israel, hingga menyebabkan kehancuran bangunan.
Sumber: Tiktok