Tak Boleh Derma Organ, Tisu Individu Meninggal Akibat COVID-19

Mana-mana individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 tidak boleh mendermakan organ mahupun tisu tubuh badannya kerana virus tersebut adalah di bawah kategori penyakit berjangkit.

tak boleh derma organ, tisu individu meninggal akibat covid-19

Demikian menurut Pusat Sumber Transplan Nasional yang berkata virus COVID-19 berisiko untuk menjangkiti penerima melalui organ mahupun tisu yang didermakan.

 

Tambah lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengeluarkan panduan mengenai perkara itu pada tahun 2020.

 

“Dalam Garis Panduan Perolehan dan Pendermaan Organ Selepas Kematian untuk COVID-19 keluaran tahun 2020 menyatakan semua bakal penderma organ perlu dilakukan ujian calitan COVID-19 sebelum prosedur perolehan organ dan tisu dilaksanakan.

“Pendermaan organ dan tisu kardaverik (selepas kematian) hanya boleh dilaksanakan apabila mendapat kebenaran waris secara bertulis menurut Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130),” demikian menurut Pusat Sumber Transplan Nasional.

 

Setakat ini, seramai 493,481 individu telah mendaftar sebagai penderma organ kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, dengan 924 pesakit masih menunggu untuk menerima pendermaan organ dengan buah pinggang adalah tertinggi iaitu 4,924 orang diikuti hati (10) dan jantung (lapan).

tak boleh derma organ, tisu individu meninggal akibat covid-19

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN