Nubhan Hadiahkan Klinik Gigi Untuk Isteri

Lima tahun menyimpan impian, penyanyi Nubhan Ahamad, 36, akhirnya berjaya menghadiahkan isterinya sebuah klinik gigi yang terletak di Sendayan, Seremban.

nubhan hadiahkan klinik gigi untuk isteri

“Kalau ikutkan memang isteri pun sudah lama ada impian nak memiliki klinik gigi sendiri. Tapi, saya menasihatinya supaya tidak terburu-buru selain perlu timba pengalaman secukupnya dulu.

“Untuk membuka klinik sendiri adalah satu amanah besar. Bukan sekadar nak buka perniagaan, sebaliknya kredibiliti dalam segala aspek termasuk pengurusan, kemahiran dan sebagainya harus cukup.

“Bagaimanapun, saya dapati isteri kini memang sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu. Kesungguhannya dalam bidang rawatan gigi cukup mendalam sekarang,” katanya.

“Bagusnya isteri saya, dia sangat taat dengan apa jua yang disuruh. Mulanya, saya suruh dia timba pengalaman bekerja dengan kerajaan selama dua tahun.

“Kemudian, saya suruh dia beralih kepada klinik swasta untuk merasai pengalaman berbeza pula. Bahkan, saya sanggup suruh dia berjauhan seketika pergi ke Johor menimba ilmu dengan seorang pakar di sana,” kongsinya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN