Nikmati Program Kanak-Kanak Menarik Masa Cuti Sekolah Ini Di Astro

Pada cuti sekolah ini, kanak-kanak boleh berhibur dengan siri-siri dan filem-filem bergenre pengembaraan, aksi langsung, aksi penuh, komedi keluarga dan pembelajaran di TA-DAA! (Saluran 612), Cartoon Network (Saluran 615 HD), Nickelodeon (Saluran 616 HD), On Demand dan Astro GO. 

nikmati program kanak-kanak menarik masa cuti sekolah ini di astro

Nikmati siri-siri kegemaran animasi seperti siri anime Jepun yang terkenal, Dragon Ball Super, Sailor Moon Crystal, Yu-Gi-Oh! VRAINS, siri aksi pegembaraan Hollywood popular, Dragon Race to the Edge, siri komedi dan pengembaraan Kung Fu Panda: Paws of Destiny, Powerbirds, All Hail King Julien musim 1, siri pengembaraan untuk kanak-kanak prasekolah popular, Paw Patrol musim 8, siri animasi Korea, Maca & Roni, dan banyak lagi. 

 

Tambahan juga, semua boleh menikmati barisan filem-filem menarik untuk seisi keluarga termasuk, filem animasi fiksyen perisikan tempatan, BoBoiBoy Movie 2 dan Ejen Ali The Movie, filem komedi keluarga Kung Fu Panda 3, serta filem komedi dan aksi langsung Aliens Ate My Homework, menerusi tayangan perdana pada setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612). 

nikmati program kanak-kanak menarik masa cuti sekolah ini di astro

nikmati program kanak-kanak menarik masa cuti sekolah ini di astro

nikmati program kanak-kanak menarik masa cuti sekolah ini di astro
Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my

ARTIKEL BERKAITAN