Ternyata teknologi sedikit sebanyak memudahkan kehidupan seharian manusia.
Terbaru, satu jenama napkin bayi iaitu Pampers akan berkolaborasi bersama sebuah anak syarikat Google untuk memasarkan ‘napkin pintar’ yang mampu memantau tabiat tidur, makan serta kekerapan menukar napkin bayi.

Produk yang bakal dilancarkan hujung tahun ini dinamakan ‘Lumi’.
Sensor yang terdapat pada ‘Lumi’ dapat mengesan kelembapan pada lampin bayi dan jika ia dapat mengesan najis dan air kencing secara automatik akan menghantar satu notifikasi ke aplikasi Lumi yang dimuat turun oleh parents atau penjaga kanak-kanak itu.

Menerusi laporan Kosmo, lampin digital ini akan dijual bersama dua peket lampin, dua sensor pakai buang dan sebuah monitor video lengkap dengan sistem wifi yang akan mula dijual di Amerika Syarikat.
Teknologi atau lampi pintar ini ini direka agar parents dan penjaga di luar sana dapat menjaga anak-anak mereka dengan baik.