Apa Sebenarnya Yang Kelihatan Bila Tengok Anak Bulan?

Setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, anak bulan akan ditentukan sebelum pengumuman dibuat sebagai tanda bermulanya bulan puasa bagi umat Islam.

nampak apa bila tengok anak bulan?

Ramai yang mempunyai tanggapan berbeza tentang rupa sebenar anak bulan. Anak bulan bukanlah bermaksud bulan yang lebih kecil, sebaliknya secara astronomi, anak bulan sebenarnya ialah bulan gelap.

nampak apa bila tengok anak bulan?

Kita tidak dapat melihat apa-apa bentuk anak bulan dengan mata kasar, sebaliknya ia boleh dilihat menggunakan teleskop. Penentuan anak bulan juga bukanlah semata-mata menggunakan teleskop, ia juga mempunyai kiraan formula matematik yang disahkan oleh beberapa pakar dalam bidang ini.

.

Maksud sebenar frasa "anak bulan" atau makna asalnya bulan sabit muda, adalah bulan sabit pertama yang kelihatan, iaitu selepas persilangan dengan matahari ketika fasa bulan baharu (new moon).

nampak apa bila tengok anak bulan?

Selain kalendar Islam, kalendar Cina juga menggunakan bulan sebagai penentu untuk bulan baharu. Pun begitu, permulaan bulan bagi kalendar Cina dimulai dengan bulan gelap, sebaliknya kalendar Islam dimulai dengan bulan yang sudah menampakkan anak bulan.

.

Dalam pada itu, tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun 2022 telah ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

.

Sumber: Petrosains / Astro AWANI

ARTIKEL BERKAITAN