Pelakon Nam Joo Hyuk Nafi Pernah Terlibat Dengan Kes Buli

Pelakon Korea Selatan, Nam Joo Hyuk yang popular menerusi drama seperti Start-Up dan Weightlifting Fairy Kim Bok Joo berhadapan dengan tuduhan buli daripada seorang individu yang mendakwa pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan pelakon itu.

pelakon nam joo hyuk nafi pernah terlibat dengan kes buli

20 Jun lalu, sebuah media Korea melaporkan bahawa individu yang tidak didedahkan identitinya itu berkata bahawa Nam adalah sebahagian daripada kumpulan yang membuli rakan sekelas mereka, dan buli itu berterusan selama enam tahun.

Agensi Nam bagaimanapun, mengeluarkan kenyataan pada hari sama yang menafikan dakwaan tersebut sambil menyatakan pihak pelakon tersebut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwa dan wartawan yang menulis artikel 

Kenyataan itu dikeluarkan selepas agensi itu menyemak dengan pelakon tersebut secara peribadi dan mengesahkan bahawa dakwaan itu tidak benar.

“Pelakon tersebut dan keluarganya adalah orang yang paling menderita akibat dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertimbang rasa ini.,” kata agensi tersebut yang turut menzahirkan rasa kecewa mereka berikutan artikel itu diterbitkan tanpa sebarang semakan fakta dengan agensi atau pelakon itu sendiri.

“Kami juga akan bertindak balas dengan tegas melalui hukuman tanpa kelonggaran terhadap analisis dan tafsiran yang berniat jahat, tindakan yang menggalakkan perkara ini, dan siaran serta komen berniat jahat yang melangkaui luahan pendapat semata-mata,” tambah agensi itu.

Kenyataan tersebut berakhir dengan permintaan supaya orang ramai mengelak daripada menyebarkan khabar angin tidak berasas atau membuat laporan spekulatif.


Sumber: [1]