N. Sembilan, Sarawak United atau Terengganu II. Siapa bakal juara Liga Premier?

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

Saingan Liga Premier sudah tiba ke penghujungnya. Ini lah perbezaan ketara Liga Premier dengan Liga Super yang seantero dunia sudah tahu juaranya. Bagi Liga Premier, peluang bergelar juara masih terbuka buat 3 pasukan. N. Sembilan, Sarawak United dan Terengganu FC II. Jom kita acah-acah kupas sikit berhubung peluang kesemua pasukan ini.

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

N. Sembilan FC

Boleh dikatakan sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Premier. Skuad Jang berada di persada liga dengan 38 mata. Satu mata mengatasi Sarawak United. Peluang N. Sembilan untuk muncul juara tampak cerah. Berdepan pasukan di tangga ke-5, PDRM seharusnya skuad kendalian K. Devan tidak berdepan masalah untuk meraih 3 mata penuh.

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

Pada pusingan pertama liga, N. Sembilan berjaya tumpaskan PDRM 1-0 menerusi jaringan pemain muda, Selvan. Kegagalan PDRM menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan terakhir mereka meningkatkan lagi peluang N. Sembilan untuk meraih kemenangan. Namun pemain import PDRM, Bruno Suzuki mungkin mampu menjadi pemusnah kepada skuad Jang. Bekas pemain N. Sembilan itu telah menjaringkan 7 gol dalam saingan musim ini dan dilihat sebagai ancaman utama kepada barisan pertahanan N. Sembilan.

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

Sarawak United

Sarawak United pasti tidak akan berputus asa dalam usaha merebut kejuaraan liga. Pada satu ketika mendahului saingan, skuad kendalian E. Elavarasan ini tergelincir ke tangga kedua selepas tewas 2 perlawanan terakhir mereka kepada Kuching City dan N. Sembilan. Dibarisi pemain yang rata-rata mempunyai kualiti Liga Super, Sarawak United merupakan antara pasukan pilihan menjuarai liga.

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

Apa pun yang terjadi, Sarawak United perlu raih 3 mata penuh pada aksi terakhir untuk miliki peluang bergelar juara. Selain menang, mereka juga memerlukan bantuan daripada PDRM untuk mencuri mata di Paroi. Namun mereka akan bertandang ke Stadium Larkin untuk berdepan JDT II – pasukan yang bukan mudah untuk ditewaskan. Sarawak juga bakal beraksi tanpa beberapa pemain tonggak termasuk penjaga gol, Sharbinee Allawee yang dilayangkan kad merah ketika berdepan N. Sembilan sebelum ini. Banyak insiden yang berlaku dalam perlawanan tu, tapi rasanya semua dah tahu kan?

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

Terengganu FC II

2 kemenangan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Badrul Afzan Razali ini berpeluang mencabar kejuaraan Liga Premier. Terengganu II akan berdepan Kelantan United pada aksi terakhir liga. Antara 3 pasukan yang merebut kejuaraan liga, peluang TFC II untuk muncul juara adalah yang paling tipis. TFC II berada di kedudukan ke-3 liga – 3 mata di belakang N. Sembilan. Maknanya, TFC II perlu menang lawan Kelantan United selain berharap N. Sembilan dan Sarawak tewas kepada lawan masing-masing. Susah kan?

n. sembilan, sarawak united atau terengganu ii. siapa bakal juara liga premier?

Selain merebut kejuaraan, seorang pemain TFC II mampu memenangi anugerah kasut emas musim ini. Tidak lain tidak bukan, pemain itu ialah Jordan Mintah. Namun Jordan Mintah terpaksa bersaing dengan Fernando Rodriguez daripada JDT II. Kedua-dua mereka telah menjaringkan 16 gol musim ini. Tapi mereka boleh je berkongsi anugerah tersebut. Kalau masing-masing tak kisah lah. Kalau nak menang anugerah tersebut sorang-sorang, jaringkan lah gol banyak-banyak. Simple kan?

 

Baik, itu sahaja lah yang boleh dirumuskan tentang peluang setiap pasukan ini untuk menjulang trofi Lgia Premier. Jadi, sama-sama lah kita nantikan siapa yang muncul juara. Ekau sokong siapo ni? Ambe dop sokong mane-mane pasukang pong. Asalkan sidak sik main bol dengan semangat dah cukup bah.

 

Oleh: Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN