Negara-negara di Asia Tenggara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand kini sudahpun memasuki musim kemarau.
![musim kemarau kini landa negara di asia tenggara](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/kemarau-02.jpg)
Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan sehingga bulan Oktober 2022.
.
Menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN, fenomena cuaca yang disebut sebagai La Nina ini diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun.
.
Sementara itu fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.
.
Ekoran cuaca yang panas dan kering ini, terdapat risiko kebakaran dan jerebu boleh berlaku ketika cuaca kering dan panas berpanjangan untik beberapa bulan akan datang.
.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat pembakaran terbuka dan sentiasa berada ditempat teduh dan elakkan daripada dehidrasi.
.
Sumber: [1]