Pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai hubungan bersama keluarga mertua, termasuklah ibu, bapa dan adik-beradik pasangan masing-masing. Cuma bezanya, ada hubungan yang baik dan ada juga sebaliknya.
Bagi mereka yang mempunyai hubungan yang kurang baik sehingga timbul rasa takut dan fobia apabila bertemu dengan mak mertua masing-masing, perasaan tidak selesa itu jika sudah keterlaluan dikatakan sebagai satu fobia, dikenali sebagai Pentheraphobia.
Menurut Macmillan Dictionary, definisi bagi pentheraphobia ini dinyatakan sebagai ketidaksukaan atau ketakutan yang kuat terhadap ibu mertua.
Walau bagaimanapun, pentheraphobia dianggap sebagai ketakutan yang berlebihan atau tidak rasional. Penyebab pentheraphobia untuk orang tertentu akan berbeza berdasarkan banyak faktor. Genetik dan cara seseorang itu dibesarkan boleh menjadi faktor, atau dalam beberapa kes, trauma yang dialami pada masa kanak-kanak atau dewasa boleh menjadi faktor permulaan pentheraphobia.
Sebilangan orang mungkin mengalami pentheraphobia setelah pertama kali bertemu ibu mertua mereka, sementara yang lain mungkin mengalami fobia setelah mengenali ibu mertuanya selama bertahun-tahun.
Terdapat tiga penyebab utama fobia seperti pengalaman negatif, genetik dan persekitaran dan mentaliti seseorang. Simptom pentheraphobia pula adalah seperti:
- Berpeluh berlebihan
- Badan rasa dingin
- Denyutan jantung yang cepat, berdebar-debar
- Kekeliruan
- Rasa macam nak pengsan atau pening
- Deringan di telinga
- Mulut kering
- Loya muntah
- Ketidakupayaan untuk bercakap
- Cuab sedaya supaya elak orang itu
- Keengganan untuk bercakap dengan orang itu
- Membatalkan acara dengan orang itu
Sumber: Fear Of