Muka Bengkak Teruk Lepas Sejam Terdedah Terik Matahari Di UK

Suhu di Eropah ketika ini nampaknya terus meningkat dengan yang terbaharu United Kingdom (UK) merekodkan suhu paling panas melepasi 40 darjah Celsius buat kali pertama.

muka bengkak teruk lepas sejam terdedah terik matahari di uk

Cuaca panas yang melanda UK ketika ini adalah cuaca panas paling dahsyat pernah dicatatkan pada tempoh 30 tahun.

.

Keadaan itu nyata mengundang risiko bahaya kepada penduduk disana hingga memaksa kebanyakkan pekerja untuk berkerja di rumah masing-masing bagi mengelak terkena sinar matahari yang sangat panas.

.

Seorang pengguna Tiktok, Eva Jones telah menunjukkan kesan daripada terkena cahaya matahari terik selama satu jam di UK.

muka bengkak teruk lepas sejam terdedah terik matahari di uk

Dapat dilihat keadaan kulit wajah wanita itu dengan lepuh yang menyakitkan dan muka menjadi bengkak. Beliau turut mengalami strok haba dan juga dehidrasi.

muka bengkak teruk lepas sejam terdedah terik matahari di uk

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mempersoalkan tindakannya itu sambil bertanya adalah beliau telah mengenakan krim pelindung matahari sebelum keluar rumah. Namun wanita itu tidak menjawab pertanyaan tersebut.

 

@evajones__

British weather xx

♬ use this if youre gay - alex ◡̎

 

“Jika anda tidak memakai krim pelindung matahari, jangan terdedah kepada terik cahaya panas selama satu jam,” kata seorang pengguna Tiktok pada ruangan komen.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN