Anugerah muzik berprestij, MTV EMA 2023 yang bakal berlangsung di Paris pada November depan, kini telah dibatalkan penganjurannya.
Menurut Paramount Global selaku penganjur, pembatalan itu adalah bagi menghormati situasi semasa perang yang berlaku antara Gaza dan Israel.
Dakwa MTV, situasi tegang yang berlaku di tanah Gaza itu menyebabkan sambutan muzik di anugerah itu bukanlah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.
Perang yang berlaku juga telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dan ketika ini merupakan waktu untuk dunia berkabung dan menghormati situasi semasa yang sedang berlaku.
MTV EMA 2023 bagaimanapun akan dijadualkan berlangsung pada November 2024.
Untuk info, MTV EMA 2023 menampilkan barisan artis antarabangsa yang tercalon dalam kategori penghasilan video muzik terbaik sepanjang tahun.
Sumber: Astro AWANI