Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Ranau, Sabah ini pasti memberikan satu pengalaman unik kepada pelajar dan warga pendidik disini nanti.
Ia telah siap dibina dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertamanya pada 2024.
MRSM ini akan menjadi gedung ilmu kepada pelajar di daerah Ranau, Sabah dan beberapa kawasan lain sekitarnya.
Mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu, ia merupakan projek usahasama kerajaan negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diatas tapak dengan keluasan 30 ekar.
@sabah_info
MRSM Ranau, MRSM tertinggi di Malaysia kini siap dibina. Terletak di kaki Gunung Kinabalu. Hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan MARA. Beruntunglah batch pertama 2024, bersekolah dengan kelengkapan serba moden dan di selimuti bayu si Akinabalu.
♬ original sound - Sabah Info
Menerusi foto yang tular di aplikasi X, para pelajar kumpulan pertama itu nanti juga berpeluang menikmati segala kelengkapan sekolah serba baharu dan moden, dalam suasana indah pemandangan Gunung Kinabalu. Bak kata orang, sambil belajar sambil healing!
Sumber: X