Moonbyul MAMAMOO 'Burnout' Jadi Idola K-Pop

Ahli kumpulan gadis K-Pop MAMAMOO, Moonbyul mengaku dia mengalami ‘burnout’ bergelar seorang idola K-Pop.

moonbyul mamamoo 'burnout' jadi idola k-pop

Menerusi penampilannya dalam program televisyen, Sleep Out baru-baru ini, Moonbyul berkata, “Kebelakangan ini, saya terus asyik bahawa saya akan melalui banyak kesukaran. Saya juga telah mengalami ‘burnout’ berkali-kali.”

Sebak, Moonbyul turut mendedahkan bahawa dia kini ragu-ragu sekiranya dia ingin meneruskan kerjaya dalam industri K-Pop.

“Jadi, saya terfikir sendiri, ‘Apakah wajar untuk saya terus bekerja dalam industri ini? Adakah ini pekerjaan yang sesuai untuk saya?” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 29 tahun itu mengatakan risiko untuk berehat adalah terlalu besar, kerana dia mungkin perlu berusaha sekali lagi untuk mencapai status yang sama seperti sekarang.

“Tetapi saya bimbang jika saya berehat sekarang, maka saya perlu memulakan semuanya dari awal dan membina seluruh kerjaya ini semula,” kongsinya.

“Saya rasa seperti tidak akan ada masa lain jika saya mengambil cuti sekarang. Jadi, banyak perkara yang bermain di dalam kepala saya hari ini. 

“Tetapi saya rasa saya dapat melupakan semua kebimbangan saya apabila saya bersama kamu semua. Bertemu dengan kamu adalah salah satu perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana itu,” katanya sambil merujuk kepada keluarga Sleep Out.

Moonbyul pertama kali melakukan debut bersama kumpulan MAMAMOO pada Jun 2014.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN