Mohon Baru, Kemas Kini Maklumat Sumbangan Tunai Rahmah Mulai Hari Ini

Bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023, individu yang layak untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mengemukakan pendaftaran baharu atau mengemas kini maklumat masing-masing.

 

Demikian menurut kenyataan oleh Kementerian Kewangan (MoF) yang memaklumkan, proses tersebut bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing.

 

Selain itu, ia bagi membolehkan penerima sedia ada juga boleh membuat kemaskini maklumat masing-masing pada tempoh masa yang disebut diatas.

 

"Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata STR pada tahun 2023 akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8.0 bilion.

"Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan,” menurut kenyataan itu.

 

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, MOF berkata data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan, di samping data daripada beberapa agensi kerajaan, untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

mohon baru, kemas kini maklumat sumbangan tunai rahmah mulai hari ini

mohon baru, kemas kini maklumat sumbangan tunai rahmah mulai hari ini

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Portal Rasmi STR / MOF / Astro AWANI