Misi Ke Marikh Tingkatkan Ancaman Makhluk Asing Ke Bumi – Kajian

Sejak sekian lama, pelbagai ekspedisi ke angkasa khasnya bulan dan planet Marikh dijalankan bagi mencari sebarang penemuan saintifik, termasuklah juga hidupan lain diluar angkasa.

misi ke marikh tingkatkan ancaman makhluk asing ke bumi – kajian

Bagaimanapun menurut satu kajian, misi manusia ke Marikh ini secara tidak langsung meningkatkan potensi ancaman serangan makhluk asing ke atas Bumi.

 

Prof Anthony Ricciardi, pakar dalam bidang ekologi dan spesis penceroboh berkata kehadiran makhluk asing boleh memusnahkan ekosistem Bumi secara total.

misi ke marikh tingkatkan ancaman makhluk asing ke bumi – kajian

“Disebabkan kosnya yang besar kepada sektor sumber dan kesihatan manusia, pencerobohan biologi merupakan isu bio-keselamatan global yang memerlukan penyelesaian rentas sempadan yang ketat.

 

“Era penerokaan angkasa lepas membawa risiko baharu iaitu pencerobohan,” katanya.

 

Beliau turut memberi amaran bahawa interaksi perumah parasit boleh menjadi ancaman. Misalnya, bakteria dan kulat yang melekat pada kapal angkasa yang pulang ke Bumi memberi ancaman kepada ekosistem planet ini.

 

“Bakteria dan kulat boleh melekat pada kapal angkasa dan bertahan untuk hidup ketika kenderaan angkasa pulang ke Bumi, sekali gus memberi ancaman kepada ekosistem planet ini,” katanya.

 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara negara di dunia yang menjalankan misi ke Marikh dengan menghantar kapal angkasa pertama mereka digelar sebagai misi Hope.

 

Sumber: [1]