Misai Kucing Bantu Kesan Halangan Di Hadapan, Sebab Tu Jangan Potong

misai kucing bantu kesan halangan di hadapan, sebab tu jangan potong

Misai kucing memang panjang dan kadang-kadang kita yang tengok ni rasa geram je nak potong kan?

Tapi, jangan sesekali korang potong misai kucing sebab ada fungsinya yang tersendiri. Misai kucing juga dikenali sebagai vibrissae iaitu bulu yang sangat sensitive akan getaran dan bertindak sebagai reflex yang sangat pantas.

Misai kucing ni bersambung dengan reseptor deria yang dipanggil proprioceptor. Jadi, benda melalui misai nil ah kucing dapat mengesan getaran dan membantu kucing untuk bertindak mengejar mangsa.

Satu lagi fungsi misai adalah membantu kucing mengesan halangan yang terdapat dihadapan ketika berjalan. Tanpa misai, kucing tak dapat bergerak dengan sempurna.

Sumber: iluminasi