Peminat Teruja Lihat Trailer Kemunculan Semula Mighty Morphin Power Rangers di Netflix

Buat anda yang lahir sekitar akhir 80-an dan awal 90-an, pasti anda cukup kenal dengan watak superhero Power Rangers ini.

peminat teruja lihat trailer kemunculan semula mighty morphin power rangers di netflix

Kini selepas berpuluh tahun berlalu, Power Rangers akan kembali dengan filem berjudul Mighty Morphin Power Rangers: Once & Always!

 

Bakal ditayangkan khas di Netflix secara global pada 19 April ini, filem penuh nostalgia itu berlatarkan 30 tahun selepas Zordon yang bijak dan berkuasa membentuk Mighty Morphin Power Rangers, terpaksa berhadapan dengan ancaman dari masa lalu. Di tengah-tengah krisis global, mereka dipanggil sekali lagi untuk menjadi wira yang diperlukan dunia.

peminat teruja lihat trailer kemunculan semula mighty morphin power rangers di netflix

peminat teruja lihat trailer kemunculan semula mighty morphin power rangers di netflix

Difahamkan, hanya ada empat Rangers yang masih hidup iaitu Merah (Jason), Hitam (Zack), Biru (Billy) dan Pink (Kimberly), sementara Rangers Hijau dan Kuning lakonan Tommy dan Trini terpaksa digugurkan kerana keduanya telahpun meninggal dunia. Tetapi masih terdapat kedua-dua Rangers Hijau dan Kuning dalam trailer ini dan tidak dapat dipastikan ia lakonan siapa.

peminat teruja lihat trailer kemunculan semula mighty morphin power rangers di netflix

peminat teruja lihat trailer kemunculan semula mighty morphin power rangers di netflix

Tagline “It’s a Morphin Time” dan "Once a Ranger, Always a Ranger," juga menggamit memori penonton yang pernah bersama-sama menonton rancangan ini suatu ketika dahulu. Malah warganet juga dilihat bersama mengimbau kenangan Power Rangers mereka dan tidak sabar untuk menonton filem ini di Netflix tidak lama lagi.

Sumber: Youtube