Pertama Di Asia, Michelle Yeoh Terima Ijazah Doktor Kehormat AFI

Pelakon bertaraf antarabangsa, Datuk Seri Michelle Yeoh telah menjadi artis Asia pertama yang menerima ijazah kedoktoran kehormat daripada Institut Filem Amerika (AFI) atas sumbangannya dalam industri filem.

 

Ijazah kehormat itu telah dianugerahkan oleh dua pengarah filem, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert pada majlis konvokesyen bagi felo-felo institusi filem itu di Hollywood pada Jumaat.

pertama di asia, michelle yeoh terima ijazah doktor kehormat afi

“Kami amat bertuah mendapat peluang untuk bekerjasama dengan legenda, Michelle Yeoh. Antara perkara pertama yang kami sedar adalah kebaikan hatinya terhadap orang lain,” kata pengarah itu dalam satu kenyataan.

 

Michelle Yeoh yang dilahirkan di Ipoh, Perak menyarankan agar artis generasi baharu untuk berpegang kepada cinta terhadap karya mereka dan berani untuk merebut peluang yang ada.

 

 

Beliau yang kini berusia 60 tahun telah membintangi lebih 70 filem dan siri televisyen. Antaranya seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asians serta beberapa filem Marvel Studios seperti The Guardians of the Galaxy dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

 

Sumber: Astro AWANI