Mereka Yang Divaksinasi Kurang Kecenderungan Hidap ‘Long COVID’

Gejala ‘long COVID’ kurang menjejaskan individu yang telah divaksinasi berbanding mereka belum divaksinasi.

mereka yang divaksinasi kurang kecenderungan hidap ‘long covid’

Kesimpulan itu terhasil susulan semakan baharu 15 kajian yang dijalankan oleh Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) baru-baru ini.

Menurut UKHSA, hanya separuh daripada mereka yang telah menerima dua dos vaksin Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Moderna atau satu dos vaksin J&J suntikan tunggal, berbanding mereka yang tidak divaksinasi.

Kajian itu menambah potensi manfaat menerima penuh vaksinasi COVID-19, kata Ketua Imunisasi di UKHSA, Dr Mary Ramsay.

Terangnya, vaksinasi merupakan cara terbaik bagi melindungi diri daripada simptom serius apabila dijangkiti dan berupaya membantu untuk mengurangkan kesan jangka panjang.

Dianggarkan juga bahawa dua peratus penduduk UK telah melaporkan simptom long COVID, dengan gejala yang paling biasa dialami mereka ialah keletihan, sesak nafas dan sakit otot atau sendi.

Daripada empat kajian yang membandingkan simptom long COVID sebelum dan selepas vaksinasi, tiga mencadangkan lebih ramai individu melaporkan peningkatan dan simptom long COVID dan bukannya semakin teruk selepas vaksinasi.

Tiga lagi kajian pula mendapati bahawa simptom long COVID bertambah baik terhadap mereka yang mendapat vaksin, berbanding mereka yang tidak divaksinasi.


Sumber: [1]