Menteri kesihatan Austria mengumumkan peletakan jawatannya selepas mengaku penat menguruskan krisis COVID-19.
![penat urus krisis covid-19, menteri kesihatan austria letak jawatan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot_384.png)
Rudolf Anschober yang dilantik sebagai menteri kesihatan awal tahun lalu, mengakui terlalu beban dengan kerja dan tanggungjawabnya akibat daripada penularan wabak COVID-19 di Eropah.
"Saya membuat keputusan untuk meletak jawatan. Saya dibebani terlalu banyak kerja dan kepenatan.
"Tempoh 15 bulan memegang jawatan ini dirasakan seperti 15 tahun," katanya yang kini berusia 60 tahun.
![penat urus krisis covid-19, menteri kesihatan austria letak jawatan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/1112292.jpg)
Disamping itu, beliau memberi amaran bahawa wabak COVID-19 ini masih belum reda dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.
Austria yang mempunyai hampir sembilan juta penduduk itu merekodkan lebih 581,000 kes jangkitan dan lebih 9,700 kematian.
![penat urus krisis covid-19, menteri kesihatan austria letak jawatan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/covid_1280p.jpg)
Malah, unit rawatan rapi di hospital ibu negaranya, iaitu Vienna dan wilayah berhampiran penuh dengan pesakit COVID-19.
Dalam perkembangan lain, setakat artikel ini ditulis, terdapat 138,000,581 kes jangkitan COVID-19, dengan 2.9 juta kematian dicatatkan di seluruh dunia.
Terdahulu, Menteri kesihatan Belanda, Bruno Bruins juga pernah mengumumkan perletakkan jawatannya pada tahun lalu gara-gara penat menguruskan krisis COVID-19.
![penat urus krisis covid-19, menteri kesihatan austria letak jawatan](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/bruins_1.jpg)
Sumber: The Edge Markets