Seorang menteri Israel mencadangkan agar rakyat Palestin berhijrah keluar dan pendatang haram kembali ke Gaza.
Demikian menurut Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir yang mana ia adalah antara penyelesaian bagi peperangan yang berlaku antara rejim Zionis dan pejuang Hamas yang semakin memuncak.
“Kita mesti mempromosikan penyelesaian untuk menggalakkan penghijrahan penduduk Gaza,” katanya.
Ben Gvir turut berkata penghijrahan rakyat Palestin dan menubuhkan penempatan Israel adalah satu perkara yang betul, adil, bermoral dan berperikemanusiaan.
“Ini adalah peluang untuk membangunkan projek untuk menggalakkan penduduk Gaza berhijrah ke negara-negara di seluruh dunia,” katanya lagi.
Cadangan itu dibuat sehari selepas Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang turut sama menggesa agar rejim Zionis kembali ke Gaza dan menggalakkan kira-kira 2.4 juta penduduk Palestin berhijrah ke tempat lain.
Pejuang Hamas bagaimanapun menolak cadangan itu dan menganggap ia sebagai satu bentuk khayalan.
Peperangan mula kembali tercetus sejak 7 Oktober lalu yang mana Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara tidak rasmi mencadangkan rancangan untuk mengusir penduduk Gaza.
Serangan ke atas bumi Gaza sehingga kini telah membunuh lebih 21 ribu orang, dengan kebanyakkannya adalah wanita dan kanak-kanak.
Sumber: Utusan