Lelaki Maut Selepas Minum 1.5L Air Bergas Waktu Cuaca Panas

Seorang lelaki di China dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kesan akibat meminum 1.5 liter air bergas dalam tempoh 10 minit ketika waktu cuaca panas.

lelaki maut selepas minum 1.5l air bergas waktu cuaca panas

Menurut laporan, mangsa pada awalnya mengadu sakit perut selama lebih enam jam selepas minum minuman tersebut bagi menyejukkan diri.

 

Tidak lama kemudian, mangsa mengadu jantungnya berdegup kencang dan dibawa ke Hospital Chaoyang di Beijing.

 

Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati ais bergas itu telah menyebabkan ususnya mengalami masalah kerana gas terkumpul pada organ tersebut. Ia juga menyebabkan oksigen gagal dihantar ke bahagian hati sekaligus menjadi punca kepada kematianya.

 

Tambah lagi, doktor cuba sedaya upaya mengeluarkan gas tersebut namun mangsa disahkan meninggal dunia 18 jam selepas mendapatkan rawatan.

 

Insiden itu mendapat perhatian seorang pakar perubatan di Britain yang mempersoalkan dakwaan doktor China kerana yakin air bergas itu bukanlah punca kepada kematian lelaki tersebut.

 

Sumber: [1]