Jinak & Aktif, Jom Kenal Baka Kucing Tiada Ekor Ini

Cukup dikenali sebagai kucing yang mudah bergaul, jinak dan aktif, kucing ini mudah dibezakan dengan baka kucing lain kerana ia tidak mempunyai ekor.

jinak & aktif, jom kenal baka kucing tiada ekor ini

Kucing baka Manx telah lama dibela olh manusia disebabkan kemahiran mereka untuk berburu.

 

Menurut sejarah, Manx berasal dari Isle of Man, iaitu sebuah pulau di Laut Ireland antara England dan Ireland pada tahun sekitar 1750.

jinak & aktif, jom kenal baka kucing tiada ekor ini

Baka ini juga sangat pintar dan suka bermain. Mereka dikenali sebagai baka yang sangat aktif dan setiap kepada keluarga mereka. Malah, sifat mereka ini sering juga dibandingkan seperti anjing.

 

Manx boleh menjadi teman dalam perjalanan yang jauh kerana mereka suka menaiki kereta. Malah, mereka juga tidak takut air seperti baka-baka kucing yang lain.

 

Walaupun Manx dikenali sebagai baka kucing yang tidak berekor, sebenarnya tidak semua kucing Manx tidak mempunyai ekor.

jinak & aktif, jom kenal baka kucing tiada ekor ini

Ada sesetengah kucing baka ini mempunyai ekor panjang dan ada juga yang beekor pendek. Ada juga yang mempunyai tulang yang sedikit timbul pada bahagian belakang.

 

Manx merupakan kucing berbentuk bulat. Kaki hadapan mereka lebih pendek jika dibandingkan dengan kaki belakang. Sesetengah Manx mempunyai bulu panjang dan ada juga yang berbulu pendek.

 

Mempunyai jangka hayat sekitar 8 hingga 14 tahun, Manx mungkin boleh mengalami penyakit dan keadaan tertentu seperti arthritis pada ekor, Corneal dystrophy pada usia 4 bulan, kecacatan pada tulang belakang, masalah salur kencing dan lain-lain.

 

Sumber: [1]