Hujan Berterusan Sejak Isnin, Mangsa Banjir Di Enam Negeri Terus Meningkat!

Susulan daripada hujan berterusan sejak Isnin yang menyebabkan banjir di beberapa lokasi dekat enam negeri, mangsa banjir kini dilapor meningkat kepada 26,685 orang.

 

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 220 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa di Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka.

 

Johor mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 20,330 mangsa daripada 5,720 keluarga yang ditempatkan di 181 PPS. Antara kawasan terjejas di Johor adalah Segamat, Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Pontian, Johor Bharu, Mersing, Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

hujan berterusan sejak isnin, mangsa banjir di enam negeri terus meningkat!

Pahang pula menjadi negeri kedua terjejas teruk dengan 1,372 mangsa daripada 371 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS yang dibuka. Antara kawasan terjejas di Pahang adalah Maran, Rompin, Raub, Jerantut dan Pekan.

hujan berterusan sejak isnin, mangsa banjir di enam negeri terus meningkat!

Sementara itu, 760 mangsa daripada 215 keluarga direkodkan di Negeri Sembilan, melibatkan daerah Tampin, Jempol dan Kuala Pilah.

hujan berterusan sejak isnin, mangsa banjir di enam negeri terus meningkat!

Sarawak merekodkan 148 mangsa daripada 43 keluarga dengan 4 PPS dibuka dikawasan Sri Aman, Kuching dan Serian.

hujan berterusan sejak isnin, mangsa banjir di enam negeri terus meningkat!

Manakala Sabah pula merekodkan 108 mangsa daripada 24 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS dekat daerah Tongod.

hujan berterusan sejak isnin, mangsa banjir di enam negeri terus meningkat!

Melaka mencatatkan 67 mangsa daripada 21 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS dalam daerah Alor Gajah dan Jasin.

hujan berterusan sejak isnin, mangsa banjir di enam negeri terus meningkat!

Sumber: Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)