Manchester City Tetap Pasukan Terbaik EPL!

manchester city tetap pasukan terbaik epl!

Semoga semua penyokong Liverpool tabah dan bersabar ketika ini. Sebabnya, hasrat Liverpool untuk jadi pasukan terbaik EPL sepanjang zaman belum kesampaian.

Pada aksi pagi tadi, The Reds tewas 1-2 kepada Arsenal di Emirates. Kekalahan itu sekaligus menghalang Liverpool untuk pecahkan rekod kutipan mata semusim Manchester City iaitu 100. Kalau Liverpool menang pagi tadi, mereka masih berpeluang untuk mengutip 102 mata musim ini jika menang semua baki perlawanan.

manchester city tetap pasukan terbaik epl!

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp akui tidak berpuas hati dengan persembahan barisan pertahanannya pagi tadi. Mana taknya, Arsenal hanya buat 3 percubaan ke arah gawang Liverpool dan 2 daripadanya menghasilkan gol. Nak tau berapa percubaan Liverpool buat? 24! Kalau percubaan dah banyak macam tu tapi still tak menang, maknanya nasib tak menyebelahi la kan?

Lebih pedih, kedua-dua gol Arsenal berpunca daripada kesilapan tonggak pertahanan, Virgil Van Dijk dan pemenang sarung tangan emas musim lalu iaitu Allison Becker.

manchester city tetap pasukan terbaik epl!

Tapi rasanya penyokong Liverpool tak kisah sangat pun dengan keputusan ni kan? Nak sedih apa ye tak? Dah menang liga! Rekod City ni tahun depan boleh pecahkan.

Lagi satu, kalau Liverpool menang baki 2 perlawanan lepas ni, skuad kendalian Klopp akan cipta rekod kutipan mata tertinggi semusim dalam sejarah kelab itu dengan 99 mata. 99 mata ini juga bakal jadi jumlah kutipan mata kedua tertinggi untuk pasukan EPL di belakang rekod Manchester City.

manchester city tetap pasukan terbaik epl!

Kepada penyokong Liverpool, buat tak dengar je lah kalau ada peminat pasukan lain yang banter korang. Biasalah tu, bila dah juara dan berada di atas, ramailah yang dengki dan nak jatuhkan. Hahaha. YNWA!!!

Oleh : Karami Kamel