Malaysia Langkah Kanan Di Hanoi

Malaysia buka tirai Sukan SEA Hanoi dengan 2 kilauan emas!

Kejayaan ni diharapkan mampu meningkatkan semangat kontinjen negara untuk tambah lagi kutipan pingat selepas ni.

Almaklumlah dalam masa 2 tahun sebelum ni, kita semua termasuklah atlet terpaksa lalui kehidupan norma baru, nak berlatih pun tertakluk dengan SOP ketat. Tambahan pula sasaran yang ditetapkan kali ni ialah 36 emas. Haa, tak banyak dah emas nak cari. 34 je lagi. Haha. 

Tapi semua tu nampaknya tak jadi masalah untuk atlet kita raih kecemerlangan pada Sukan SEA kali ini.

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri tepati ramalan apabila ungguli acara 1 meter papan anjal individu wanita.

malaysia langkah kanan di hanoi

Lebih manis, pingat perak turut jadi milik Malaysia apabila Kimberly Bong raih tempat kedua bagi acara sama.

Bukan itu je, Ooi Tze Liang dan Chew Yi Wei turut menambah kilauan emas buat negara menerusi acara 3 meter papan anjal seirama lelaki.

Mereka sekaligus mempertahankan pingat yang dimenangi pada edisi sebelum ini.

malaysia langkah kanan di hanoi

Sebenarnya skuad terjun kita ni pikul tanggungjawab besar pada temasya kali ini. Mana taknya, sasaran yang diletakkan kepada mereka ialah 8 emas! Maknanya atlet kita kena muncul juara dalam semua acara yang mereka sertai untuk sukan terjun ni. 

Tapi korang jangan lah terkejut sangat dengan sasaran tu. Sebab Malaysia pernah je sapu bersih emas sukan terjun sebelum ini. Cuma kali ni mereka kena capai sasaran ni tanpa 'otai' iaitu Datuk Leong Mun Yee yang bersara tahun ini.

Temasya Sukan SEA Hanoi akan membuka tirainya secara rasmi pada Khamis ini.

Pastinya kita mengharapkan lebih banyak lagi kejayaan manis dapat dicipta oleh para atlet negara.

Ayuh tunjukkan semangat dan sokongan buat kontinjen Malaysia.

Malaysia Boleh!

 

Oleh: Izzati Amir