Malaysia merupakan negara ketiga di Asia yang fasih berbahasa Inggeris, menurut tinjauan terkini EF English Proficiency Index (EF EPI).
Tinjauan yang dibuat ke atas 113 negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mendapati rakyat di Malaysia dikategorikan sebagai peringkat kedua tertinggi dalam kecekapan untuk menggunakan bahasa itu.
Malah, di peringkat Asia, Malaysia berada di tangga ketiga fasih berbahasa Inggeris, selepas Singapura ditangga pertama dan Filipina di tangga kedua.
Di peringkat global, Malaysia berada di tempat ke-25 dalam senarai sebagai negara yang mahir berbahasa Inggeris di dunia dengan 568 skor, dengan purata global adalah pada 502.
Hasil tinjauan mendapati, wilayah teratas dengan penguasaan Bahasa Inggeris tertinggi di Malaysia adalah di Perak, manakala bandar teratas pula adalah di Kuantan.
Manakala kumpulan umur yang menguasai bahasa Inggeris di Malaysia adalah pada 26 hingga 30 tahun.
Sumber: EF