Malaysia Catat Lebih 2.4 Juta Kes Sembuh COVID-19

Sebanyak 2,401,823 kes COVID-19 berjaya dipulihkan negara setakat semalam selepas merekodkan kira-kira 5,579 kes sembuh.

malaysia catat lebih 2.4 juta kes sembuh covid-19

Berita itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa kes baru mencatat penurunan iaitu sebanyak 4,922 kes berbanding 5,713 kes kelmarin.

“Daripada 4,922 kes harian yang dilaporkan hari ini, 80 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,842 kes atau 98.4 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Sebanyak 4,912 kes tempatan direkodkan, melibatkan 4,690 warga tempatan dan 222 bukan warganegara manakala baki 10 kes adalah kes import,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi setakat 5 November ialah sebanyak 549 kes dengan 282 pesakit bergantung pada alat bantuan pernafasan.

 

Sumber: [1]