Awas, Makin Ramai Orang Muda Kini Hidap Kanser Kolorektal

Kematian pelakon terkenal, Chadwick Boseman yang dikenali menerusi watak adiwira Black Panther telah mengejutkan ramai pihak. Siapa sangka, pelakon muda berusia 43 tahun ini menghidap kanser kolorektal dan tidak menunjukkan sebarang tanda kanser tersebut sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.

awas, makin ramai orang muda kini hidap kanser kolorektal

Menurut American Cancer Society, hampir 18,000 orang yang berusia bawah 50 tahun didiagnos dengan kanser kolon di Amerika Syarikat pada tahun ini. Jumlah itu dijangka meningkat sebanyak 90% dalam kalangan pesakit bawah usia 35 tahun pada tahun 2030.

awas, makin ramai orang muda kini hidap kanser kolorektal

Lebih menakutkan, 60% daripada pesakit ini didiagnos dengan kanser kolorektal tahap 3 dan 4 yang sukar dirawat. Punca peningkatan jumlah pesakit kanser ini juga masih belum diketahui, namun faktor risikonya adalah berkaitan dengan gaya hidup masa kini.

 

Kurang bersenam, obesiti, merokok dan gaya hidup tidak sihat mendorong kepada peningkatan jumlah pesakit muda menghidap kanser kolorektal tahun demi tahun. Hanya 1/3 daripada pesakit kanser kolorektal adalah daripada mutasi genetik yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.

awas, makin ramai orang muda kini hidap kanser kolorektal

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, perhatikan tanda tanda kanser usus seperti:

  1. Sering alami sembelit atau cirit-birit.
  2. Darah dalam tinja.
  3. Rasa lemah dan letih.
  4. Sakit perut yang berpanjangan.
  5. Turun berat badan secara mendadak.
  6. Rasa perut masih penuh selepas membuang air besar.

Semua tanda tanda kanser usus di atas merupakan sesuatu yang perlu diperiksa oleh doktor secepat mungkin.

 

Sumber: Hello Doktor