Wah! Pelajar IPT Kini Boleh Nikmati Makanan Bajet Serendah RM3.50!

Para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kini boleh menikmati menu makanan berkualiti dengan harga serendah RM3.50!

wah! pelajar ipt kini boleh nikmati makanan bajet serendah rm3.50!

Ia merupakan inisiatif IPT yang menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya pihak IPT menyediakan jualan makanan di dalam kampus dengan setiap hidangan pada harga siling RM3.50 menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.

Memetik laporan Sinar Harian, antara IPT yang telah memulakan inisiatif tersebut setakat ini ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaya (UM).

Menurut Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Nuruliman Ibrahim, pihaknya telah melaksanakan jualan makanan serendah RM3.50 kepada semua warga UPM di bawah inisiatif Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia sejak 8 Julai lepas.

“Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 hingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50.

“Ini membolehkan mereka mendapatkan hidangan lengkap dan bernutrisi dengan harga berpatutan,” katanya.

Julai lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.

 

Sumber: [1]