Majoriti Orang Buta Huruf Di Dunia Adalah Wanita

Dua pertiga daripada kira-kira 770 juta orang buta huruf di seluruh dunia adalah terdiri daripada golongan wanita.

majoriti orang buta huruf di dunia adalah wanita

Demikian menurut laporan yang dibuat portal Sputnik merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Unesco Audrey Azoulay di Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ke-7 baru-baru ini.

.

"Saya juga fikir semua orang yang tidak mendapat hak untuk pendidikan adalah kanak-kanak termasuk 770 juta orang dewasa yang tidak tahu membaca atau menulis - dua pertiga daripadanya adalah wanita," kata beliau.

.

Beliau turut menggesa pelbagai usaha dipertingkatkan bagi menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf.

.

Persidangan itu telah diadakan di Marrakesh, Maghribi pada Rabu sehingga Jumaat lalu.

.

Masalah buta huruf turut menjadi perhatian dalam negara khasnya ketika pandemik COVID-19 kerana hampir 70 peratus murid prasekolah dilaporkan gagal menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

.

Sumber: [1], [2]