Demi mengahwini cinta hatinya, Puteri Mako dari Jepun rela tidak menerima bayaran sebanyak RM 5,638,327 selepas melepaskan status kerajaannya.
Menurut media tempatan, cucu perempuan Maharaja Akihito yang berusia 29 tahun itu bakal berkahwin dengan pasangannya yang juga merupakan rakan sekelas kolej, iaitu Kei Komuro.
Terdahulu, mereka pernah mengumumkan pertunangan mereka pada 2017.
Tetapi pada tahun berikutnya, pasangan itu menangguhkan perkahwinan mereka dengan mengatakan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk merancang masa depan bersama.
Mengikut undang-undang Jepun yang telah dipraktiskan berabad lamanya, perkahwinan yang melibatkan kerabat raja dan rakyat jelata memerlukan Puteri Mako untuk melepaskan status kerajaannya.
Ahli kerabat raja yang memilih untuk melepaskan status itu juga dikatakan berhak mendapat pembayaran sekali sahaja.
Walaubagaimanapun, kerajaan Jepun bersedia untuk bersetuju dengan keputusan Puteri Mako yang tidak mahu menerima bayaran bernilai 150 juta yen (RM 5,638,327) itu.
Menurut NHK, tarikh perkahwinan itu mungkin diumumkan pada Oktober ini.
Terdahulu, terdapat media yang mengatakan ia terlihat kelibat Komuro di New York.
Terdapat khabar yang mengatakan pasangan itu merancang untuk tinggal di Amerika Syarikat.
Sumber: [1]