Lelaki Tenang Solek Bekas Tunang Di Majlis Kahwin, ‘‘Dia Sangat Tabah..’’

Seorang lelaki yang juga jurusolek di Indonesia baru-baru ini menjadi tular selepas dilihat sangat tenang menyiapkan solekan pada seorang pengantin perempuan yang juga adalah bekas tunangnya.

lelaki tenang solek bekas tunang di majlis kahwin, ‘‘dia sangat tabah..’’

Menerusi satu rakaman video, lelaki itu dilihat sangat tenang dan masih mampu tersenyum ketika menyiapkan solekan keatas bekas tunangnya itu.

 

“Kedua-dua ini pernah bercinta tetapi jodoh mereka tidak panjang lalu putus di tengah jalan.

“Si lelaki sangat tabah apabila mampu menyiapkan solekan bekas tunang yang mahu berkahwin dengan orang lain demi sebuah pekerjaan,” tulis pada keterangan video.

lelaki tenang solek bekas tunang di majlis kahwin, ‘‘dia sangat tabah..’’

Ketabahan lelaki itu nyata menerima pujian netizen yang menganggap beliau seorang yang profesional dan tidak mencampurkan soal peribadi dengan kerjaya serta boleh menerima takdir dengan hati terbuka.

“Apa rahsia anda begitu tenang? Saya sendiri sudah empat tahun berpisah masih tidak mampu berhadapan dengan bekas kekasih,” tulis seorang penonton video tersebut.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN