Masa Hidupnya Lantang Kutuk Vaksin, Lelaki Ini Akhirnya Mati Akibat COVID-19

Seorang lelaki dari California sebelum ini cukup dikenali dengan kelantangannya dalam mengutuk mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

 

Bagaimanapun, selepas dijangkiti COVID-19, lelaki tersebut akhirnya disahkan meninggal dunia pada usia 34 tahun.

 

Menurut media tempatan, ketika masih hidup lelaki itu menegaskan tidak akan mengambil vaksin kerana percaya ia adalah agenda pihak tertentu.

masa hidupnya lantang kutuk vaksin, lelaki ini akhirnya mati akibat covid-19

Beliau juga sering berkongsi perkara buruk mengenai vaksin di laman sosial miliknya yang mempunyai lebih 7,000 pengikut.

 

Tidak lama kemudian, lelaki itu dilaporkan menerima rawatan akibat COVID-19 dan juga pneumonia dengan bantuan mesin oksigen. Beliau juga sempat merakam foto dirinya diberikan bantuan oksigen dan terbaring atas katil hospital.

 

“Tolong doakan saya, mereka (hospital) mahu intubasi dan pasangkan alat pernafasan untuk saya,” katanya.

 

Dalam satu Tweet terakhir, lelaki itu memberitahu pihak hospital memberinya pilihan sama ada diintubasi atau dibiarkan dalam keadaan tidak tahu bila akan sedar semula.

masa hidupnya lantang kutuk vaksin, lelaki ini akhirnya mati akibat covid-19

Meskipun sedang mengalami komplikasi teruk, lelaki itu masih berdegil untuk tidak menerima vaksin dan akhirnya beliau meninggal dunia pada Khamis lalu.

 

Golongan antivaksin merupakan salah satu cabaran besar buat banyak negara di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali daripada golongan ini dan lebih menakutkan apabila idealogi antivaksin mereka disebarkan meluas hingga mempengaruhi orang lain.

 

Justeru, kita sebagai satu masyarakat hendaklah menyampaikan maklumat yang sahih dan benar serta menggalakkan lebih ramai untuk mengambil vaksin COVID-19.

 

Sumber: BBC