Lelaki Ini Ubah Almari Bawah Tangga Menjadi Bilik Harry Potter Untuk Anaknya! Siap Ada Lilin Terapung Lagi

lelaki ini ubah almari bawah tangga menjadi bilik harry potter untuk anaknya! siap ada lilin terapung lagi

Siapa peminat Harry Potter mesti tahu kan bilik Harry Potter yang bawah tangga tu.

Seorang lelaki telah mengubah almari yang berada di bawah tangga rumahnya menjadi bilik Harry Potter. Bilik tersebut adalah untuk kegunaan anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Apa yang mengagumkan adalah hiasan bilik itu seperti daripada filem tersebut. Kalau tengok video yang dikongsikan lelaki itu, pada bahagian pintu terdapat gambar seorang perempuan berbadan besar yang menjadi penjaga kepada bilik tersebut.

Kemudian, selepas membuka pintu itu korang akan terkejut dengan dekorasi dalaman bilik tersebut. Lelaki itu siap memasang lampu lilin yang terapung seperti mana yang terdapat di dalam filem Harry Potter. Perghhh!

Pintu bilik itu juga dihiaskan dengan bendera Ravenclaw iaitu rumah kegemaran anaknya daripada filem Harry Potter.

Di dalam bilik itu juga, lelaki tersebut menempatkan koleksi buku tulisan JK Rowling pada almari, surat dari Hogwarts dan macam-macam perhiasan lagi. Pada ruangan dinding pula terdapat peta Marauder dan juga potongan akhbar daripada Daily Prophet.

Memang menarik dan cool lah bilik ni. Potterheads semua mesti teruja melihat hiasan bilik ini.

Sumber: MIRROR