Lelaki Ini Terkejut Tengok Darah Tiba-Tiba Mengalir Di Dinding Bilik Air Rumahnya

lelaki ini terkejut tengok darah tiba-tiba mengalir di dinding bilik air rumahnya

Siapa yang tak takut bila tengok darah tiba-tiba mengalir di dinding rumahkan?

Di Ottawa, Kanada, seorang pemuda yang dikenali sebagai Adam Hockett berdepan dengan pengalaman yang mengerikan apabila darah tiba-tiba mengalir di dinding serta terpercik di sinki bilik air rumah sewa yang didiaminya. 

Katanya, dia ada menghubungi pihak pengurusan bangunan bagi melaporkan insiden itu. Malangnya, dia hanya ditertawakan oleh pihak berkenaan. 

Pihak pengurusan juga dilaporkan enggan memberi sebarang maklumat atau nombor untuk dihubungi. Mereka hanya menyuruh pemuda itu untuk menghubungi syarikat insurans kerana itu bukanlah masalah mereka.

Misteri darah mengalir di celah dinding dan terpercik di sinki akhirnya terjawab selepas jirannya ditemui mati berlumuran darah di tingkat atas. 

Mayat mangsa berlumuran darah ditemui di bilik air selepas polis dan paramedik memecahkan pintu rumah mangsa.

Difahamkan, mangsa telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu. 

Sebuah syarikat pembersihan profesional telah dihantar untuk kerja-kerja pembersihan.

Insiden ni kalau jadi kat orang yang jenis lemah semangat ni, mahu bertahun trauma. Ye tak?