Lelaki Rasa Bahagia Jika Dianggap Kelakar Oleh Pasangan

Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa lelaki akan berasa lebih bahagia jika dianggap lucu dan kelakar oleh pasangannya.

lelaki rasa bahagia jika dianggap kelakar oleh pasangan

Kajian yang bertajuk ‘Adakah Mereka Sesuai Bersama Seperti Joker dan Harley Quinn?’ bertujuan memahami bagaimana humor dikaitkan dengan hubungan jangka panjang.

 

Menggunakan sekumpulan 149 pasangan yang telah bersama purata tujuh tahun, mereka dinilai mengenai aspek komedi hubungan mereka termasuk kekerapan pasangan bergurau antara satu sama lain dan berapa kerap mereka berasakan pasangan lebih kelakar.

 

Hasil kajian itu mendapati dalam hubungan jangka panjang, lelaki lebih banyak berjenaka daripada wanita dan menganggap lawak mereka lebih lucu.

 

Lelaki juga akan menggunakan jenaka yang lebih agresif dalam usaha meletakkan diri mereka pada tahap lebih tinggi berbanding pasangan wanita masing-masing.

 

Kajian itu turut membuktikan, cara mudah untuk menggembirakan pasangan lelaki adalah dengan membiarkan dia berfikir lawak jenakanya adalah lebih baik daripada anda.

 

Sumber: Kosmo!