Lee Zii Jia Umum Rehat Sementara Dari Dunia Badminton

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia, hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan untuk rehat sementara dalam arena sukan badminton.

lee zii jia umum rehat sementara dari dunia badminton

Pemain berusia 25 tahun itu, yang terkeluar daripada ranking 10 teratas dunia semalam, mengalami satu lagi penyingkiran awal dalam tempoh beberapa minggu, kali ini dalam pusingan pertama Terbuka Indonesia Super 1000.

 

Pemain berasal dari Kedah itu tewas 21-17, 21-13 kepada Lakshya Sen dari India, yang juga bergelut dengan prestasinya baru-baru ini.

 

“Saya fikir buat masa ini saya mungkin akan berhenti buat sementara dalam sukan badminton.

“Saya tidak tahu berapa lama saya akan ambil, tetapi saya akan berhenti bermain pertandingan badminton buat sementara waktu, sehingga saya kembali bersemangat.

"Saya akan berhenti dan berehat seketika," kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia.

lee zii jia umum rehat sementara dari dunia badminton

Pengumuman mengejutkan Zii Jia dibuat selepas bekas juara All England itu mengumumkan pelantikan bekas pemain antarabangsa Malaysia Wong Tat Meng sebagai jurulatih baharunya.

 

Ia juga masih belum diketahui jika Zii Jia masih akan menjadi sebahagian daripada program Road to Gold (RTG) berikutan perkembangan terkini.

 

"Mungkin saya akan berhenti bermain untuk kejohanan. Saya tidak tahu berapa lama. Saya telah mempertimbangkan perkara ini agak lama. Ia terlalu banyak untuk saya di gelanggang, saya tidak dapat menumpukan perhatian 100 peratus.

"Adalah baik untuk saya berehat. Keutamaan bagi saya ialah mencari minat saya di gelanggang.

“Saya bermain dengan baik pada Piala Sudirman (bulan lepas), tetapi saya tidak melakukan banyak kelainan selepas itu,” tambah Zii Jia.

 

Sumber: NST