Masalah berat badan berlebihan atau obesiti bukan sahaja menjadi masalah kepada manusia, malah kepada haiwan juga secara amnya.
Menurut satu kaji selidik yang dijalankan organisasi Cats Protection, didapati lebih tiga juga kucing di Britain alami obesiti dan lebih 50,000 kucing turut menghidap diabetes.
Kajian itu turut mendedahkan lebih satu perempat daripada 2,000 pemilik kucing yang ditinjau mengakui memberikan makanan berlebihan kepada haiwan peliharaan mereka sejak Mac 2020, iaitu ketika perintah berkurung dilaksanakan.
Bagaimanapun pemilik-pemilik kucing yang mengalami masalah ini boleh meletakkan kucing mereka dalam ujian klinikal oleh Kolej Veterinar Diraja dengan harapan berat badan dan masalah obesiti ini dapat diturunkan.
Ujian klinikal yang dijalankan itu akan meletakkan kucing-kucing terpilih dengan berat mencecah 12kg dalam satu amalan diet yang ketat.
Menurut seorang pemilik kucing yang obes, beliau meletakkan kucingnya yang turut menghidap diabetes dalam percubaan tersebut.
“Saya telah melihat Lester kembali menjadi kucing yang gembira, penyayang, suka bermain semula selepas gejala diabetesnya hilang. Untuk itu, saya bersyukur selama-lamanya,’’ katanya.
Sumber: [1]