Lang Merah Lebarkan Sayap!

lang merah lebarkan sayap!

Kedah sah beraksi pada saingan Piala AFC musim depan!

Ini selepas skuad Lang Merah kalahkan tuan rumah, Perak 3-2 pada aksi terakhir Liga Super untuk muncul naib juara.

Anak buah Aidil Sharin Sahak bermula garang apabila menjaringkan 2 gol dalam tempoh 30 minit babak pertama.

Kpah Sherman dan Fadzrul Danel masing-masing jaringkan 1 gol untuk meletakkan Kedah selesa di depan.

lang merah lebarkan sayap!

Tapi Perak tidak mudah mengalah, pemain import, Leandro Dos Santos menjaringkan 2 gol dalam tempoh 3 minit pada hujung babak pertama untuk menyamakan kedudukan.

Pada babak kedua, Renan Alves muncul wira Kedah apabila menanduk masuk sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar untuk memastikan kemenangan milik skuad Lang Merah.

Kali terakhir Kedah beraksi pada saingan Piala AFC adalah pada tahun 2009 apabila mereka tersingkir pada pusingan 16 terbaik.

Kedah yang dibimbing Azraai Khor Abdullah ketika itu diaibkan kelab Vietnam Binh Duong FC 8-2.

lang merah lebarkan sayap!

Pencapaian terbaik skuad Lang Merah pada kejohanan itu pula adalah pada 2008 apabila berjaya layakkan diri ke suku akhir.

Namun, Kedah tersingkir apabila tewas kepada kelab Bahrain, Al-Muharraq 7-1 secara agregat.

Tapi itu semua sejarah.

lang merah lebarkan sayap!

Di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, Kedah macam makin 'solid' dan harap-harap mampu mara jauh pada saingan Piala AFC tahun depan.

Manalah tahu boleh muncul pasukan ke-2 daripada Malaysia yang jadi juara kan?

Eh, rasa-rasa Coach Aidil akan sambung kontrak tak dengan Kedah? Kontrak dia habis hujung musim ni kan?

Oleh : Karami Kamel

 

ARTIKEL BERKAITAN