Jadi Kegilaan Ramai, Jom Kenali Kucing Hitam ‘Bombay Cat’

Terdapat banyak jenis baka dan warna kucing yang ada diserata dunia. Ia menjadikan kucing antara haiwan peliharaan yang diminati ramai, tambah pula dengan perwatakan mereka yang sangat menenangkan hati.

 

Antara yang menjadi tumpuan adalah warna dan juga bulu kucing tersebut. Tidak dinafikan, kucing berwarna cerah seperti putih dan oren sering menjadi pilihan ramai, namun jangan dilupakan warna hitam juga semakin mendapat tempat dihati pencinta kucing tau!

jadi kegilaan ramai, jom kenali kucing hitam ‘bombay cat’

Dikenali sebagai ‘Bombay Cat’, ia adalah spesis kucing hitam yang terkenal di dunia dek kerana bulunya yang hitam dan seakan-akan bersinar dibawah cahaya matahari.

jadi kegilaan ramai, jom kenali kucing hitam ‘bombay cat’

Berikut adalah antara perkara menarik mengenai kucing berbaka Bombay ini:

 

  1. Merupakan baka hasil gabungan Burmese dan American Short Hair, serta kelihatan bagaikan seekor harimau kumbang.
  2. Pertama kali dihasilkan oleh Nikki Horner dari Louisville, Kentucky pada tahun 1950. Sejak dari itu, ia dikembangkan ke serata tempat.
  3. Mempunyai perwatakan manja dan suka dibelai terutamanya pemilik mereka.
  4. Kucing ini gemar bermain sesama manusia dan juga haiwan kucing yang lain.
  5. Mudah diajar dan difahami serta menjadi penjaga rumah yang sangat baik.
  6. Baka kucing Bombay sering mendapat penyakit genetik yang serius iaitu kecacatan Craniofacial. Ia terjadi pada anak kucing baru lahir dan dapat dilihat kesan benjolan pada kepalanya. Namun, kes penyakit ini dilaporkan semakin berkurangan.

jadi kegilaan ramai, jom kenali kucing hitam ‘bombay cat’

Adakah anda mempunyai kucing hitam di rumah? Jika ada, jom share dengan kami di SYOK!

 

Sumber: Verst.com