Baru-baru ni viral di media sosial akan seorang pemilik kucing di China membawa masuk haiwan peliharannya itu secara ‘curi-curi’ ke dalam kelas.
Tapi, apa yang mencuit hati apabila tingkah kucing tersebut yang sedaya upaya menyorok di bawah meja pemiliknya agar tidak ditangkap oleh pengajar.
Menurut pemilik kucing itu, dia terpaksa membawa haiwan kesayangannya itu selepas kucing itu tidak membenarkannya untuk pergi ke sekolah. Disebabkan terlalu manja, terus sahaja dia mengambil keputusan untuk membawa kucing itu ke sekolah bersamanya.
“Kucing saya sentiasa memeluk kaki saya dan menunjukkan muka kesian sebab dia mahu saya terus bersamanya. Hari tu saya dah terlambat nak ke kelas jadi saya bawa dia sekali ke kelas.” Kata Wen kepada Daily Mail.
Weh, comelnya!
Sumber: Daily Mail