Kreatif! Majlis Perkahwinan Online Yang Pertama Di Malaysia

kreatif! majlis perkahwinan online yang pertama di malaysia

Sekitar jam empat petang tadi telah berlangsungnya perkahwinan online pertama di Malaysia iaitu antara Azrin Fazrina dan Muhammad Syafiq melalui virtualwedding.my.

Serious gempak weh sebab, walaupun dalam keadaan norma baharu, saudara mara dan sahabat handai tetap boleh enjoy dan hadir ke majlis ni secara online. Konsepnya,hanya saudara mara terdekat kedua-dua belah pengantin sahaja akan berada di dewan. Manakala saudara mara dan sahabat handai akan dihantar makanan dan boleh menikmati perjalanan majlis secara maya di rumah masing-masing. Kreatifnya!

kreatif! majlis perkahwinan online yang pertama di malaysia

Biarpun majlis secara maya namun adat tidak dilupakan. Majlis tersebut tetap mempunyai sesi merenjis pasangan pengantin. So, kalau korang nak buat majlis secara online sekali pun, korang masih boleh kekalkan adat-adat perkahwinan melayu.

kreatif! majlis perkahwinan online yang pertama di malaysia

kreatif! majlis perkahwinan online yang pertama di malaysia

Untuk majlis petang tadi, Hanif Hamzah telah bertindak sebagai pengacara majlis. Bukan itu sahaja, perkahwinan online ini juga diserikan lagi dengan persembahan dari penyanyi terkenal Adira. Tapi lebih istimewa adalah persembahan daripada ayah pengantin perempuan iaitu Jaafar Othman yang menyampaikan lagu bertajuk Widuri.

kreatif! majlis perkahwinan online yang pertama di malaysia

Selain tu, pengantin perempuan turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sebuah lagu. Walaupun malu-malu tapi persembahan ini pastinya meninggalkan memori yang paling bahagia buat beliau.

Menarik dan kreatif kan idea ni?

kreatif! majlis perkahwinan online yang pertama di malaysia

Kredit: virtual wedding

 

ARTIKEL BERKAITAN