Koreografer Terkenal Dedah Bayaran Diberi PSY Untuk Muzik Video Viral Gentleman

Koreografer tarian K-Pop terkenal, Bae Yoon Jung membuat penampilannya dalam episod terbaru program Radio Star.

koreografer terkenal dedah bayaran diberi psy untuk muzik video viral gentleman

Bae Yoon Jung menempa populariti dalam kerjayanya selepas menghasilkan pelbagai koreografi ikonik untuk lagu-lagu seperti EXID “Up & Down”, T-ara “Bo Peep Bo Peep”, KARA “Mister” dan lagu tema program Produce 101, iaitu “Pick Me”.

Ketika berada dalam program Radio Star, Bae Yoon Jung sempat berkongsi mengenai pengalamannya bekerjasama dengan PSY sekitar 2013.

Seperti ramai sedia maklum, ketika PSY sedang bersiap sedia untuk kemunculan semula pertama selepas namanya meledak kerana lagu “Gangnam Style” pada 2012, penyanyi tersebut memilih untuk menggunakan semula salah satu koreografi K-Pop yang paling terkenal untuk lagu seterusnya.

Koreografi PSY untuk lagu “Gentleman” yang dilancarkan pada 2013 pada asalnya dicipta untuk lagu hit “Abracadabra” yang dinyanyikan oleh Brown Eyed Girls.

Memandangkan Bae Yoon Jung ialah koreografer asal untuk “Abracadabra”, PSY kemudian menghubunginya untuk meminta kebenarannya bagi menggunakan gerakan tarian yang pernah mendapat jolokon sebagai ‘tarian sombong’ di Korea itu.

“Saya sangat berterima kasih kepadanya. ‘Tarian sombong’ Brown Eyed Girls telah mendapat sambutan hebat, dan PSY berkata pada suatu hari bahawa semasa dia mengerjakan “Gentleman”, dia tidak dapat memikirkan sebarang gerakan tarian lain untuk koreografi itu. Dia berkata, walaupun dia mencuba koreografi lain, dia tetap berfikir bahawa ‘tarian sombong’ adalah sesuai. Jadi dia menghubungi saya.

“PSY bertanya kepada saya sama ada dia boleh menggunakan bahagian koreografi itu sahaja dan dari perspektif saya, saya sudah bersyukur kerana dia bertanya. Bagi saya, rasanya seperti, ‘Wah, dia mahu menggunakan koreografi saya? Sudah tentu. Terima kasih.’

“Saya sama sekali bersyukur hanya kerana dia menggunakan koreografi, tetapi kemudian dia berkata, ‘Memandangkan saya menggunakan koreografi anda, saya akan membayar yuran hak cipta untuknya.’ Saya akan tetap berterima kasih walaupun dia membayar saya apa-apa tetapi kerana dia berkata dia akan membayar, saya menjawab, ‘Oh, terima kasih banyak!’”

Sambung Bae Yoon Jung lagi, “Pada masa itu, saya dibayar 3 juta hingga 4 juta won (kira-kira RM10,621 hingga RM14,162) untuk membuat koreografi keseluruhan lagu selama tiga hingga empat minit. Tetapi PSY membayar saya 10 juta won (kira-kira RM35,405) hanya untuk satu gerakan tarian itu.”

 

Sumber: [1]