Korea Selatan Tawar RM6 Ribu Kepada Ibu Bapa Yang Baru Timang Cahaya Mata

Kerajaan Korea Selatan bakal mengagihkan pemberian wang tunai kepada ibu bapa bayi yang baru sahaja menimang cahaya mata dalam usaha meningkatkan kadar kelahiran yang suram di negara itu.

korea selatan tawar rm6 ribu kepada ibu bapa yang baru timang cahaya mata

Ibu bapa yang mendaftarkan kelahiran anak mulai 1 Januari 2022, akan layak untuk menebus baucar tunai bernilai 2 juta won (RM6,996) yang boleh digunakan hingga akhir tahun ini.

Insentif itu adalah antara beberapa subsidi bersalin yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Korea Selatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

November lalu, Perkhidmatan Insurans Kesihatan Kebangsaan negara itu mengumumkan bahawa ia akan memberikan baucar tunai sebanyak RM3,503 kepada ibu baru dan RM4,906 kepada ibu baru yang melahirkan anak kembar.

Pihak berkuasa Korea Selatan juga menarik balik sekatan sebelum ini yang menghalang ibu bapa baharu daripada menggunakan baucar untuk membayar perbelanjaan perubatan.

Kadar kesuburan Korea Selatan ialah 0.84 pada 2020, menurut statistik kelahiran dan kematian Korea Selatan yang dikeluarkan oleh kerajaan Korea Selatan pada 2021.

Korea Selatan kini mempunyai kadar kesuburan yang paling rendah di seluruh dunia berikutan generasi millenial di negara itu berkata hutang yang mengejutkan dan kekurangan rumah mampu milik telah menghalang mereka daripada memulakan keluarga.

Kadar kelahiran di negara tersebut dilaporkan mencapai tahap sangat rendah sehingga ratusan sekolah terpaksa dikosongkan dan ditinggalkan, menurut lnsider.


Sumber: [1]